• Terjadi Lagi, Lapisan Salji Di Gurun Sahara

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    ALGIERS: Sebelum ini agak sukar untuk percaya jika seseorang bercakap tentang salji yang turun di gurun Sahara.

    Sekarang ini, dengan pelbagai laporan tentang perubahan iklim dunia, membolehkan hal itu berlaku.

    Gurun Sahara di utara Algeria yang lazimnya digambarkan dengan lapangan tandus dengan landskap gumuk pasir di bawah matahari terik, pada Ahad dikejutkan dengan selapis salji putih.

    Dengan suhu yang mencecah 1 darjah Celsius, penduduk di bandar Ain Sefra bergembira menyertai aktiviti meluncur tebing bukit yang dilapisi salji tersebut pada waktu pagi sebelum ia mencair sekitar jam 5 petang.

    Ain Sefra dikenali sebagai ‘pintu masuk’ ke gurun Sahara, yang biasanya mencatat suhu sekitar 35 darjah Celsius pada bulan Julai dan Ogos. Pada Januari, suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

    Fenomena itu berlaku berikutan rantau itu menerima angin sejuk yang bertiup ke selatan berikutan tekanan tinggi di benua Eropah.

    Keadaan sejuk, bagaimanapun, bukan suatu yang luar biasa di kawasan yang terletak antara hamparan padang pasir dan pergunungan Atlas tersebut.

    Salji juga turun di rantau itu pada bulan Disember 2016, iaitu kejadian yang pertama seumpamanya sejak sekian lama.

    Kejadian yang serupa pernah berlaku di Ain Sefra pada tahun 1979. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Terjadi Lagi, Lapisan Salji Di Gurun Sahara "