• “Terima Kasih Malaysia Sebab Jumanji Laris” – The Rock

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    LOS ANGELES – Aktor The Rock memuat naik video beliau terharu filem sekuel Jumanji berjaya disenaraikan sebagai ketiga terlaris di Malaysia walhal ia baru memasuki minggu kedua tayangan.

    Malaysia ujar pelakon utama filem Jumanji: Welcome to The Jungle itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya merujuk negara Asia tenggara tersebut mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.

    “Terima kasih Malaysia! #Jumanji sudah menjadi filem ketiga paling laris, mungkin juga nanti boleh jadi filem yang terlaris, siapa tahu? Saya dan Malaysia sudah ‘kenal’ lama sejak zaman saya sebagai ahli gusti dahulu.

    “Malah ada beberapa pertarungan (perlawanan gusti) yang tidak dapat dilupakan di Kuala Lumpur, selamanya saya berterima kasih atas sokongan anda semua,” kata The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson.

    Menerusi laman sosial itu, antara negara lain yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti profesional popular Amerika Syarikat sejak 1996 tersebut ialah Mexico, Perancis, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu.

    Terkenal dengan imej ahli gusti bersih, The Rock mula menjadi pelakon drama televisyen pada 1999 sebelum terjun sebagai aktor filem menerusi The Mummy Returns pada 2001 selain hos program kanak-kanak dan komedi.

    Setakat 1 Januari lalu, sekuel Jumanji terbaharu dengan bajet kira-kira RM402 juta itu sudah mencatatkan kutipan ‘pecah panggung’ lebih RM1.4 bilion sejak mula ditayangkan di seluruh dunia pada 14 Disember lepas.

    Diadaptasi daripada buku fantasi kanak-kanak judul yang sama keluaran 1981, sekuel pertama Jumanji diterbitkan pada 1995 lalu dengan kos RM65 juta dan pulangan kutipan RM1.06 bilion. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " “Terima Kasih Malaysia Sebab Jumanji Laris” – The Rock "