• Tentera Tahan PATI Myanmar

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+


    EMPAT pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar diberkas anggota tentera dalam operasi Serkap berhampiran Pos 1 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, hari ini.

    Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Aziz Ismail berkata, empat lelaki berusia 16 hingga 28 tahun itu ditahan pada 9 pagi ketika menyusup masuk ke sempadan di negara ini.

    "Dalam operasi yang diketuai oleh Leftenan Muda Muhamad Shafiq Rahimi dari Pasukan 5 Rejimen Sempadan (RS) itu, melihat empat lelaki berjalan menuju ke pintu sempadan dalam keadaan mencurigakan.

    "Sebaik menyedari kehadiran anggota ATM, mereka cuba melarikan diri ke dalam semak berhampiran, namun atas kecekapan anggota, mereka berjaya ditahan,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan di dalam beg pakaian mereka, anggota terbabit menemui wang tunai berjumlah $5000 Kyat (mata wang Myammar) atau RM14.50, tiga kad pengenalan, alatan mandi dan ubat-ubatan.

    Katanya, kegiatan menyusup masuk menerusi lorong tikus itu dipercayai didalangi oleh warga tempatan.

    "Semua PATI terbabit kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan selanjutnya.

    "ATM menerusi RS akan sentiasa memantau dan mengawal ketat kawasan sempadan bagi menyekat PATI masuk ke negara ini,"katanya.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tentera Tahan PATI Myanmar "