• Tentera Mengaku Pasukan Myanmar Terlibat Pembunuhan Penduduk Rohingya

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+
    Beberapa anggota pasukan keselamatan Myanmar disahkan terlibat dengan tragedi pembunuhan 10 orang penduduk Rohingya pada bulan September tahun lepas.

    Perkara itu didedahkan oleh pejabat ketua tentera Myanmar dalam satu kenyataan hari ini.

    “Sesetengah penduduk serta anggota keselamatan di perkampungan Inn Din (lokasi pembunuhan beramai-ramai pada 2 September 2017) mengaku bahawa mereka telah membunuh 10 orang ‘pengganas Benggali’ (istilah yang diguna pakai untuk merujuk kepada penduduk Rohingya di Myanmar),” kata kenyataan itu.

    Difahamkan, ini kali pertama pengakuan tersebut dibuat selepas krisis kemanusiaan dilaporkan berlaku di Myanmar hingga memaksa ratusan ribu penduduk Rohingya melarikan diri dari kampung halaman mereka. - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Tentera Mengaku Pasukan Myanmar Terlibat Pembunuhan Penduduk Rohingya "