• Tenang Berenang Dengan Paus

    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+

    ADA yang memanggilnya ikan jerung paus, tetapi tiada apa yang perlu ditakutkan apabila terlihat ikan gergasi itu di laut.

    Buktinya, pelancong di barat laut Mexico dibenarkan berenang bersama haiwan tersebut menerusi lawatan yang diatur.

    "Ini adalah haiwan tropika, sangat lembut dan anda boleh berenang bersamanya sejauh jarak maksimum lapan kilometer sejam," jelas Fabricio Mujica.

    Fabricio Mujica ialah individu yang mengendalikan sesi berenang pada jarak dekat di La Paz Bay, Baja California di Mexico.

    Bermula Oktober lalu, pelancong membanjiri kawasan pantai dengai menaiki bot ketika makhluk gergasi yang dikenali sebagai Rhincodon typus dalam bahasa Latin, tiba di kawasan tersebut.

    Ikan jerung paus ini sebenarnya tergolong dalam jenis ikan jerung, namun tidak berbahaya dan hanya memakan haiwan kecil di dasar laut.

    Ikan tersebut dianggarkan berukuran sekitar sembilan meter panjang dan seberat kira-kira sembilan tan.

    Enjin bot akan dimatikan apabila menghampiri kawasan yang menempatkan ikan jerung paus tersebut supaya ia tidak menakutkan haiwan itu.

    Kemudian para pelancong akan dibenarkan masuk ke dalam air dan mengikuti panduan dan arahan daripada jurupandu bertauliah. - Relax News/mStar

  • No Comment to " Tenang Berenang Dengan Paus "