• Tempoh Reman Farid Kamil Dilanjutkan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    PETALING JAYA - Tahanan reman terhadap pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, dilanjutkan sehari bermula hari ini.

    Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

    Farid Kamil yang memakai kemeja biru denim kelihatan tenang di bawa masuk jam 11.30 pagi dan keluar sejam kemudian.

    Terdahulu, Farid direman bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta dadah berbahaya 1952, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam.

    Suami kepada pelakon, Diana Danielle itu turut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 90a Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

    Khamis lalu, sekeping gambar Farid bergari tersebar di media sosial dipercayai ditahan kerana menampar polis dan menendang orang awam di balai polis.

    Turut hadir memberi sokongan, Azad Jazmin, Azahan Rani selain adiknya, Fadzil Bahari dan Anis Anwar. - Sinar Harian

    Subjects:

    Nasional
  • No Comment to " Tempoh Reman Farid Kamil Dilanjutkan "