• Tekanan Melampau Terjun Jejantas

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+


    AMPANG: Tekanan perasaan melampau menyebabkan seorang wanita warga Thailand bertindak nekad terjun dari jejantas di Jalan Ampang di sini, petang kelmarin.

    Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 itu hampir meragut nyawa wanita berusia 30 tahun itu apabila dia nyaris dilanggar kenderaan yang melalui jalan berkenaan.

    Pegawai pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai sebelum bergegas ke lokasi untuk memberi bantuan.

    “Seramai empat anggota APM yang tiba di lokasi mendapati mangsa dibantu orang ramai yang kebetulan berada di kawasan sama.

    “Tindakan mangsa terjun dari jejantas setinggi lebih 10 meter itu menyebabkan dia cedera di kaki dan perut sebelum diberi rawatan kecemasan oleh anggota APM,” katanya.

    Beliau berkata, mangsa yang tidak fasih berbahasa Melayu itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan.

    “Mengikut maklumat diberikan orang awam, mangsa sebelum itu dilihat berada di jejantas berkenaan seorang diri sebelum bertindak terjun. Mujur kenderaan yang melalui jalan itu sempat mengelak,” katanya.

    - Harian Metro

    Subjects:

  • No Comment to " Tekanan Melampau Terjun Jejantas "