• Tarikh PRU14 Masih Rahsia - Wan Junaidi

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menanggap kenyataan MCA berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lebih kepada ramalan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

    MCA sebelum ini menyatakan parlimen akan dibubarkan pada 17 Mac bagi memberi laluan kepada PRU14 yang akan berlangsung pada minggu kedua atau ketiga April.

    Memetik laporan The Borneo Post, Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum memberitahu sebarang tarikh.

    "Mungkin MCA lebih tahu tetapi saya tidak tahu tarikh.

    "PM (Najib) belum mendedahkan apa-apa setakat ini.

    "Ini hanya ramalan mereka (MCA)," katanya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Tarikh PRU14 Masih Rahsia - Wan Junaidi "