• Tarikh Pencalonan Jawatan PBB Belum Diputuskan

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Stephen Rundi Utom tarikh  pencalonan yang dipertandingkan semasa Perhimpunan Agung PBB masih belum diputuskan.

    "Jawatankuasa pemilihan akan mengeluarkan borang pencalonan ke seluruh negeri apabila sudah bersedia," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau menambah, ekonomi digital sudah pasti akan menjadi tumpuan perhimpunan tersebut selain isu sosial, politik dan ekonomi.

    Presiden parti dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka merasmikan Konvensyen Pemuda dan Wanita PBB pada 10 Februari manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyempunakan pembukaan mesyuarat pada hari berikutnya.

    Kira-kira 3,000 delegasi dan pemerhati dijangka menghadiri perhimpunan tersebut, kata Rundi.

    Sementara itu menurutnya, majlis kerja tertinggi parti memutuskan tiada pertandingan bagi jawatan presiden, dua timbalan presiden, ketua wanita dan pemuda.

    Abang Johari yang dilantik sebagai Ketua Menteri secara automatik memegang jawatan presiden parti manakala naib presiden kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan naib presiden Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai Abang Johari.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " Tarikh Pencalonan Jawatan PBB Belum Diputuskan "