• Tanpa PAS, DAP Akui Sukar Tawan Pengundi Melayu

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+


    DAP mengakui sukar untuk menang di kawasan yang bermajoriti Melayu tanpa sokongan PAS.

    Ia dijelaskan sendiri oleh wakil rakyatnya, Dr Tan Seng Giaw bahawa kesukaran itu timbul sejak mereka memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.

    “PAS memang ada sokongan masyarakat Melayu dan Islam. Apabila PAS keluar (Pakatan Rakyat), banyak tempat yang ada pengundi Islam kita belum tahu lagi, sama ada mereka akan tinggalkan DAP atau tidak.

    “Tanpa PAS, ada sesetengah kawasan lebih susah dimenangi, contohnya di kerusi campuran, peratusan pengundi Islam tinggi,” katanya dipetik media.

    Tambah beliau kesukaran itu menjadi semakin susah diramalkan apabila Dr Mahathir pula menyertai pembangkang.

    Ahli Parlimen Kepong itu turut mendakwa pengundi Cina seluruhnya belum tentu menyokong tindakan pemimpin veteran itu yang secara tiba-tiba menyertai Pakatan Harapan apatah lagi diangkat menjadi calon Perdana Menteri.

    “Jika bercakap soal trend pengundi Cina di Malaysia, biasanya di kawasan bandar di mana-mana negara pun memihak kepada pembangkang, cuma kali ini masalahnya rumit sedikit iaitu keadaan politik telah berubah terutama apabila Dr Mahathir jadi pemimpin pembangkang.

    “Mengapa beliau berbuat demikian dan sebagainya. Semua orang sedang menilai apakah akan dibuat pemimpin lama ini,” jelasnya.

    Subjects:

  • No Comment to " Tanpa PAS, DAP Akui Sukar Tawan Pengundi Melayu "