• Tahun Sifar Nahas Pesawat Komersial

    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+


    WASHINGTON – Syarikat-syarikat penerbangan me­re­­kodkan kemalangan sifar pesawat penumpang pada 2017 sekali gus menjadikannya tahun paling selamat untuk perjalanan udara ko­mersial, demikian menurut sebuah firma perunding Belanda dan kumpulan kese­lamatan aviasi yang memantau nahas udara.

    Firma perunding penerbangan Belanda, To70 dan Rangkaian Keselamatan Avia­si melaporkan kelmarin bahawa tiada kematian akibat nahas pesawat penumpang komersial dalam tahun 2017.

    “2017 merupakan tahun paling selamat untuk aviasi,” kata eksekutif To70, Adrian Young.

    To70 menganggarkan ka­dar kemala­ngan maut me­li­batkan penerbangan penumpang komersial utama berada pada angka 0.006 un­tuk setiap sejuta penerba­ngan atau satu kemalangan jiwa dalam setiap 16 juta pe­nerbangan.

    Rangkaian Keselamatan Aviasi juga melaporkan tiada kematian penum­pang pesawat komersial pada 2017 tetapi terda­pat 10 kemala­ngan pesawat lain me­ng­­akibatkan 44 kematian dan 33 orang maut di darat termasuk nahas pesawat kargo dan kapal terbang penum­pang enjin kipas.

    Angka tersebut termasuk 12 orang terbunuh pada 31 Disember lalu apabila pesa­wat Cessna 208B milik Nature Air terhem­pas di sebuah kawasan pergunungan di luar bandar peranginan Punta Islita, Costa Rica beberapa minit selepas berlepas.

    Sebagai perbandingan, ter­dapat 16 kemalangan membabitkan 303 kematian da­lam kalangan syarikat pe­nerbangan pada 2016.

    Kadar kematian aviasi di seluruh dunia juga merosot sejak dua dekad lalu. Setakat 2005, terdapat 1,015 kematian melibatkan mereka yang berada di dalam pesawat penumpang di seluruh dunia, kata Rangkai­an Keselamatan Aviasi. – Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Tahun Sifar Nahas Pesawat Komersial "