• Syarikat Multinasional Yakin Terhadap Daya Tahan, Ekonomi Malaysia - Najib

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Pelaburan dan langkah-langkah yang dirancang untuk meningkatkan kehadiran mereka yang diambil oleh syarikat multinasional mencerminkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia sejak setahun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata institusi seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan banyak badan global terkemuka lain memuji pengurusan berhemat kerajaan dalam mengendalikan ekonomi.

    "Mereka mengiktiraf daya tahan dan daya saingnya (Malaysia) telah dibina, untuk kebaikan rakyat Malaysia," katanya pada majlis pelancaran jongkong emas Demi Idaman Sdn Bhd di sini hari ini oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Turut hadir Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

    Najib berkata syarikat antarabangsa dan modal asing memasuki negara ini pada kadar yang tidak dilihat sebelum ini.

    - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Syarikat Multinasional Yakin Terhadap Daya Tahan, Ekonomi Malaysia - Najib "