• Sweden Bidas Washington

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    NEW YORK (PBB): Sweden mengingatkan Amerika Syarikat bahawa tindakan negara itu menggantung sumbangan dana kepada Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Palestin akan menjejaskan kestabilan di Asia Barat.

    Duta Sweden ke PBB, Olof Skoog, berkata isu itu sudah dinyatakan kepada Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley, susulan laporan pentadbiran Washington menggantung penyaluran dana AS$125 juta (RM501 juta) ke UNRWA bagi Palestin pada 1 Januari lalu.

    "Saya bimbang kerana ketika kita membincangkan mengenai kestabilan serantau, tindakan menarik balik dana kepada UNRWA dianggap satu tindakan negatif.

    "Selain membabitkan keperluan kemanusiaan kepada lebih lima juta penduduk, tindakan itu juga boleh menjejaskan kestabilan wilayah itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PBB di sini, semalam.

    Skoog berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk membangkitkan isu itu pada mesyuarat Majlis Keselamatan yang dijangka berlangsung pada 25 Januari bagi membincangkan perkara membabitkan konflik Israel-Palestin.

    Sementara itu, di Washington, pegawai kanan Jabatan Negara berkata, keputusan menghentikan penyaluran dana kepada UNRWA masih dalam peringkat kajian.

    "Perbincangan mengenainya (penyaluran dana) masih berlangsung dan kami tidak terlepas tarikh akhir untuk berbuat demikian," katanya.

    Sweden ialah negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang mengiktiraf negara Palestin pada 2014 dan antara 10 penyumbang tertinggi UNRWA, selain Britain, Jerman, EU, Arab Saudi dan Amerika Syarikat. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Sweden Bidas Washington "