• Surat Sudah Hantar, Tapi Rafizi Tiada Di Pejabat

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan telah menghantar surat tuntutan permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

    Menurut Abdul Rahman, surat tuntutan yang dihantar menerusi peguamnya dihantar sebanyak dua kali iaitu pada 5 Januari dan 8 Januari.

    Namun jelas Abdul Rahman, surat tersebut tidak sampai ke tangan Rafizi sendiri kerana Naib Presiden PKR itu tiada di pejabatnya.

    "Peguam saya, Tetuan Raja Riza & Associates telah mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 5 Januari 2018 kepada Rafizi menerusi serahan secara pos berdaftar dan secara serahan ke diri pada hari yang sama,bagaimanapun, serahan secara kediri pada hari tersebut gagal berikutan beliau tiada di pejabatnya di Pusat Khidmat Parlimen Pandan.

    "Cubaan serahan secara kediri buat kali kedua telah dilakukan semalam 8 Januari 2018 di alamat yang sama, namun, Rafizi masih tiada di pejabatnya," jelas Abdul Rahman.

    Oleh itu, menurut Abdul Rahman lagi, surat tuntutan tersebut diterima oleh Mohd Shariffudin dipercayai kakitangan di Pusat Khidmat Parlimen Pandan.

    Menurut Abdul Rahman lagi, surat tuntutan itu menuntut supaya Rafizi menarik balik kenyataan beliau tersebut dan menerbitkan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan tersebut.

    "Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya yang tempoh surat tuntutan tersebut masih belum matang.

    "Sekiranya Rafizi gagal untuk mematuhi surat tuntutan tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, saya akan mengarahkan peguamcara saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi," ujarnya. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Surat Sudah Hantar, Tapi Rafizi Tiada Di Pejabat "