• SUPP Mampu Tewaskan DAP Pada PRU14

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+
    Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen begitu yakin parti itu akan memenangi 10 kerusi Parlimen pada PRU14 akan datang.

    Menurut Chong, DAP fokus kepada kerusi bandar dan pinggir bandar yang selama ini telah menunjuk prestasi yang begitu baik sejak memenangi pada PRU13 yang lepas.

    Namun Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) turut berkeyakinan akan menang 10 kerusi Parlimen yang dikuasai DAP.

    Ini kerana Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian telah merangka strategi dan berjaya menyatu SUPP yang sebelum ini sering dilanda konflik dalaman parti.

    SUPP dilihat sebagai parti yang lebih kuat sejak Sim mengetuai parti tersebut. Kembalinya sokongan padu daripada masyarakat cina membuktikan SUPP benar-benar bersedia pada kali ini.

    Ia bukan sekadar sokongan masyarakat, persepakatan di antara pemimpin parti jelas menunjuk SUPP lebih fokus kepada perjuangan parti daripada kepentingan individu.

    Pada masa sama hubungan semakin baik antara SUPP dan parti komponen BN lain jelas membuktikan SUPP bersama memenangkan BN pada PRU14 nanti.

    Tidak mustahil DAP akan kehilangan 10 kerusi Parlimen pada PRU nanti sekiranya SUPP terus kukuh sepertimana pada hari ini. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " SUPP Mampu Tewaskan DAP Pada PRU14 "