• SUPP Dan UPP Perlu Capai Kata Sepakat Sebelum PRU14

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    Pertikaian antara Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan United People Party (UPP) perlu jalan penyelesaian segera kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa agar krisis tersebut diselesaikan sebelum PRU14.

    Malah, seperti dilaporkan portal Sarawak Voice, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengakui sudah memiliki formula penyelesaian krisis kedua parti tersebut.

    Namun Abang Johari tidak terlalu yakin tetapi tetapi akan mencuba melakukan campuran komponen dan sebatian untuk menghasilkan tindak balas kimia yang betul.

    Dalam hal tersebut, SUPP dan UPP tidak seharusnya bersikap lepas tangan dengan menyerah kepada Abang Johari semata-mata untuk mencari jalan penyelesaian.

    PRU14 merupakan pilihanraya pertama yang di bawah kepimpinan Abang Johari sebagai pengerusi BN negeri dan impian untuk mencapai kemenangan besar perlu kerjasama daripada komponen BN lain termasuk SUPP dan UPP.

    Jadi, untuk merealisasikan apa yanv menjadi impian Abang Johari, SUPP dan UPP berperanan penting untuk menyelesaikan krisis yang sekian lama menyebabkan perpecahan dikalangan kaum Cina.

    SUPP dan UPP perlu bersepakat dan menjauhkan sikap egois serta kepentingan diri. Perlu mencari penyelesaian segera demi kepentingan masyarakat Cina yang mahukan pembangunan di bawa oleh BN dan berterusan yakin dengan kemampuan BN.

    Subjects:

  • No Comment to " SUPP Dan UPP Perlu Capai Kata Sepakat Sebelum PRU14 "