• Stress Fikirkan Hutang, Wanita Ini Tertidur di Kereta Api, Ketika Bangun Ada Wang Ratus Ribu Di Pangkuannya

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+
    Seorang penumpang yang sedang tidur di kereta api itu terkejut apabila bangun menjumpai RM300,000 yang dibungkus dengan sapu tangan yang dibalut di pangkuannya.

    Sebelumnya, dalam perjalanan di kereta api pada hari Sabtu (20/1/2018) itu, Ella Johannessen bercakap di telefon dengan ibunya, berkeluh kesah betapa “stress dan kesalnya” ia atas kesulitan kewangan yang dideritanya. Kemudian dia tidur sebentar.

    Dan ketika terbangun ia mendapati sejumlah wang, yang menurutnya akan membuatnya tidak perlu lagi mengambil wang di tabung.

    Muat naik di Facebook tentang harapannya untuk bertemu dengan orang yang meninggalkan wang itu.

    Siswazah Leeds Beckett University memberitahu BBC bahawa dia sangat terhutang budi pada tahun akhir pengajiannya, setelah berhenti kerja paruh waktu untuk menumpukan perhatian pada kuliahnya.

    Dia menceritakan Pada petang Sabtu dari stesen Peterborough, dia menaiki kereta api Timur Pantai Virgin dari Leeds ke stesen. Di tengah perjalanan ia menelefon ibunya.

    “Saya bercakap dengan ibu saya tentang betapa tipisnya dompet saya, dan betapa cemasnya saya dengan kewangan saya, dan saya menjadi kesal,” tulisnya.

    Ia tertidur sesudah itu dan setelah terbangun dan mendapati wang itu di pangkuannya, ia menangis kerana “sangat bersyukur” atas bantuan orang asing tersebut.

    “Setelah saya melewati masa-masa yang buruk selama 18 bulan, termasuk saya kehilangan ayah serta datuk dan nenek, ternyata masih ada orang-orang yang baik hati di dunia ini.”

    “Saya ingin mengatakan kepada orang itu bahawa mereka adalah manusia yang hebat dan mereka sungguh membuat semangat saya bangkit dan tentu saja wang itu luar biasa membantu bagi saya.”

    Johannessen, yang tinggal di Leeds, mengatakan bahawa ia akan “meneruskan kebaikan” itu dengan bekerja sebagai sukarelawan untuk lembaga amal. - SuaraTV

    Subjects:

  • No Comment to " Stress Fikirkan Hutang, Wanita Ini Tertidur di Kereta Api, Ketika Bangun Ada Wang Ratus Ribu Di Pangkuannya "