• Sorok Dadah Dalam Dubur

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    Tindakan licik seorang lelaki cuba menyeludup dadah yang disorok di dalam duburnya berjaya dihidu pihak berkuasa Thailand di wilayah utara Phayao, semalam.

    Coconut Bangkok melaporkan 203 pil dadah jenis methamphetamine ditemui disembunyi di dalam dubur suspek, Pattapong Chaimongkol, 27, selepas pemeriksaan badan dilakukan ke atasnya.

    Polis pada mulanya tidak menemui apa-apa di badannya, namun lelaki itu menunjukkan keresahan yang menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan suspek menanggalkan seluar dalam dipakainya.

    Pemeriksaan menemui satu paket beg plastik berwarna biru disumbat di dalam duburnya, yang mengandungi 203 pil methamphetamine.

    Polis berkata Pattapong mengaku dadah itu untuk kegunaan peribadi dan dijual kepada remaja di daerah Jun, lapor portal itu lagi.

    Lelaki itu didakwa memiliki dadah Kategori 1 dengan niat untuk menjual.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Sorok Dadah Dalam Dubur "