• Siti Nurhaliza Dapat Hadiah Pam Susu Daripada Anak, Menantu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-39, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat hadiah istimewa daripada keluarganya.

    Anak tirinya, Asyraf Khalid bersama isteri, Tya Ariffin serta anak, Arif Jiwa menghadiahkan pelantun lagu Cindai itu barangan keperluan ibu seperti pam susu dan pek ais untuk simpanan susu badan.

    Perkara itu dikongsi Siti melalui video Instastory di Instagram miliknya beberapa jam lalu iaitu pada tarikh ulang tahun kelahirannya pada hari ini, 11 Januari.

    "Ice pack (pek ais) untuk simpan susu. Susu yang saya pam nanti," ujar Siti teruja melalui perkongsian video tersebut sambil membelek hadiah istimewa itu.

    Siti mengumumkan kehamilannya pada Oktober lalu dalam satu pengumuman istimewa di kediamannya di ibu negara.

    Berita kehamilan tersebut mendapat liputan luas media dan beliau dijangka bersalin pada Mac tahun ini.

    Pemilik 16 buah album studio itu berkahwin dengan Datuk K pada tahun 2006. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Siti Nurhaliza Dapat Hadiah Pam Susu Daripada Anak, Menantu "