• Simunjan dan Sadong Jaya Sokong Nancy Dicalon Semula

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+
    KUCHING : Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan dan DUN Sadong Jaya menyokong sepenuhnya Ahli Parlimen Batang Sadong Dato' Sri Nancy Shukri di calon semula pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, rakyat kawasan terus menyokong Nancy dan berkeyakinan akan di calon semula.

    "Pelbagai bentuk pembangunan rakyat ahli parlimen telah laksanakan di Parlimen Batang Sadong.

    "Bukan sekadar infrastruktur, pembangunan ekonomi rakyat dipertingkatkan sedikit demi sedikit," katanya.

    Jelasnya, penduduk Simunjan melihat usaha Nancy selama ini dan mendapat manfaat daripada pembangunan tersebut.

    "Saya yakin rakyat kawasan DUN saya tetap memberi sokongan penuh ke atas Nancy dan memastikan Barisan Nasional menang di Parlimen Batang Sadong," ujarnya.

    Sementara itu, ADUN Sadong Jaya, Aidel Lariwoo turut mengesahkan sokongan yang sama penduduk kawasan Sadong Jaya terhadap pencalonan semula Nancy.

    Menurutnya, rakyat setempat menyokong pencalonan Nancy kerana komitmen tidak berbelah terhadap kawasan tersebut.

    “Sudah pasti rakyat di sini mahu beliau dicalonkan semula kerana Nancy merupakan pemimpin yang sentiasa turun padang untuk mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

    “Anda boleh lihat sendiri bagaimana hubungan mesra rakyat di kawasan dengan Datuk Sri Nancy, pastinya mereka akan memberi sokongan seratus peratus," katanya.

    Awla dan Aidel berkata demikian ketika ditemui media pada mesyuarat khas sempena sambutan ulangtahun ke 150 Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam.
  • No Comment to " Simunjan dan Sadong Jaya Sokong Nancy Dicalon Semula "