• Sikap Sambil Lewa Boleh Bawa Padah Kepada BN

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    Walaupun ramai pihak beranggapan Barisan Nasional (BN) di Sarawak mudah untuk mencapai keputusan cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun parti pemerintah tersebut tidak boleh sambil lewa sebaliknya perlu lebih berwaspada dengan strategi dimainkan pembangkang.

    Pemerhati politik, Dato Peter Minos beranggapan BN tidak dinafikan mempunyai peluang namun masih terdapat isu yang perlu diselesaikan dengan segera.

    "Saya tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada PRU14 namun sebagai orang BN dan PBB, saya berharap BN akan menang," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Bagaimanapun, beliau tetap melahirkan keyakinan BN Sarawak akan sekali lagi melakar keputusan cemerlang pada pilihan raya akan datang.

    "BN Sarawak akan mencapai keputusan terbaik memandangkang kebanyakan rakyat negeri ini menolak parti berpengkalan di Semenanjung Malaysia seperti PKR, PAS dan DAP," ujarnya.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " Sikap Sambil Lewa Boleh Bawa Padah Kepada BN "