• SIIC Apps Mudahkan Pencarian Maklumat Tentang Islam

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Pusat Penerangan Islam Sarawak (SIIC) mengorak langkah dengan perancangan mewujudkan aplikasi mudah alih dikenali SIIC Apps.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIIC, Zabariah Matali, aplikasi mudah alih tersebut adalah bagi memudahkan pengguna mendapat informasi tentang Islam disamping mengetahui program dan aktiviti SIIC sepanjang tahun.

    "Dengan adanya aplikasi mudah alih ini, ia juga akan membawa pengguna terus ke laman sesawang SIIC dan laman sosial PPI seperti Facebook, Instagram dan Twitter," katanya ketika berucap merasmikan majlis Happenings @ SIIC 2018 di sini, hari ini.

    Katanya, aplikasi mudah alih ini diperkenalkan sebagai tanda menyambut baik rancangan kerajaan merencana pelan dan strategi transformasi digital dan ia akan diperkenalkan secara rasmi pada Februari 2018 nanti.

    "SIIC mengambil inisiatif tersebut untuk memastikan ia seiring dengan era globalisasi dan digital," ujarnya.

    Jelasnya, salah satu kemudahan baharu dan menarik yang terdapat dalam aplikasi mudah alih SIIC ialah sumbangan wakaf ilmu yang boleh dilakukan secara atas talian bagi memupuk minat berwakaf bahan-bahan bacaan terutamanya di kalangan masyarakat Muslim- Sarawakiana
  • No Comment to " SIIC Apps Mudahkan Pencarian Maklumat Tentang Islam "