• Setiausaha Politik Ketua Menteri Punya Peranan Besar

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Setiausaha politik kepada ketua menteri mempunyai peranan besar dalam membantu memastikan setiap dasar kerajaan sampai kepada rakyat kawasan.

    Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo berkata, segala dasar kerajaan yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat harus di sampaikan dengan baik.

    "Kami banyak membantu wakil rakyat kawasan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan.

    "Tugas kami juga membantu kerajaan memastikan polisi kerajaan sampai kepada rakyat secara menyeluruh," katanya.

    Menurut Ung, pada masa sama setiausaha politik meyampaikan segala bantuan kepada rakyat.

    "Kami akan menyampaikan segala bentuk bantuan yang disalur kerajaan kepada mereka yang layak menerima.

    "Paling penting kami berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan yang mahukan masalah rakyat di dengari dan diselesaikan dengan kadar segera," ujarnya.

    Tambahnya, dengan adanya setiusaha politik segala urusan kerajaan untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan cekap dan pantas.-Sarawakiana
  • No Comment to " Setiausaha Politik Ketua Menteri Punya Peranan Besar "