• Setahun Jadi Ketua Menteri, Abang Jo Capai Kemajuan Positif

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan kepimpinan Datuk Patinggi Abang Abang Johari Tun Openg menerajui negeri ini selama setahun mencapai banyak kemajuan positif.

    Menurut Fadilah, Abang Johari telah melakukan banyak perkara demi negeri dan rakyat Sarawak hanya dalam masa setahun.

    "Beliau selaku ‘Kapten Baru Team Tok Nan’ telah meneruskan semua dasar dan janji yang dibuat oleh Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRK-11) termasuk rundingan berhubung penurunan kuasa dengan kerajaan persekutuan demi menuntut kembali hak Sarawak.

    "Malah kerajaan negeri pimpinan beliau telah menghantar satu rombongan ke London untuk meneliti fail dan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak-hak negeri Sarawak ketika ditadbir oleh kerajaan British," katanya.

    Beliau turut menegaskan dasar baharu yang diperkenalkan oleh Abang Johari dengan memperkenalkan ekonomi digital telah disambut baik khususnya golongan muda demi memacu kemajuan negeri Sarawak.

    "Pendekatan beliau diyakini mampu membawa Sarawak pergi lebih jauh ke arah menjadi negeri maju dan berjaya di Malaysia," ujarnya

    Fadilah yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) beliau akan terus memberi sokongan padu dan membantu Abang Johari menjadikan Sarawak tempat yang lebih baik untuk semua. - Sarawakiana
  • No Comment to " Setahun Jadi Ketua Menteri, Abang Jo Capai Kemajuan Positif "