• 'Sesuatu' Dalam Foto Dirakam

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+


    SEORANG lelaki berhenti mengambil gambar pemandangan di Belfast, utara Ireland sewaktu berjalan bersama rakan-rakannya pada ambang Tahun Baharu lalu.

    Namun Gavin Best tidak menyedari sesuatu apabila melihat gambar berkenaan menerusi telefon bimbitnya.

    Satu imej unik hanya disedari lelaki berusia 43 tahun selepas melihat gambar tersebut secara lebih dekat menggunakan komputer riba beberapa hari kemudian.

    Gavin terkejut apabila gambar berkenaan turut merakamkan imej seseorang sedang melompat ke udara, kemungkinan untuk aksi rakaman lensa yang lain.

    "Saya ingatkan ia secara kebetulan yang tidak disengajakan tetapi saya menyedari tiaada orang lain di sana semasa saya mengambil gambar berkenaan (pemandangan)," katanya.

    Gavin memuat naik gambar tersebut di Twitter dan mendapat lebih 1,200 tanda suka.

    "Saya muat naik gambar itu di Twitter kerana saya melihatnya sesuatu yang istimewa dan wajar dikongsi," katanya. - Mirror/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " 'Sesuatu' Dalam Foto Dirakam "