• Sertai 'E-hailing', Pemandu Teksi Tidak Perlu Lagi Berpusing-Pusing Cari Pelanggan

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    Rentetan bantahan dibuat kumpulan pemandu teksi di Kuching semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengesyorkan mereka menyertai perkhidmatan 'e-hailing'.

    Sehubungan itu, beliau mengajak pemandu teksi untuk berubah dan terlibat dengan perkhidmatan 'e-hailing' seperti Uber atau Grab supaya tidak terus ketinggalan.

    "Ia akan memberi manfaat kepada mereka. Ini kerana mereka perlu mengikut trend terkini dan permintaan pasaran semasa," katanya.

    Menurutnya, pemandu teksi juga melihat aplikasi teknologi perkhidmatan pengangkutan sebagai pendekatan lebih mudah dan terbuka bukannya saingan semata-mata.

    "Sebagai contoh kalau tak pakai 'e-hailing', teksi kena bergerak berpusing-pusing cari pelanggan. Berapa banyak kos operasi, kos minyak kena bayar. Kalau guna aplikasi tak perlu lagi pusing-pusing cari pelanggan, orang sudah tempah melalui telefon dan jimatkan perbelanjaan operasi" ujarnya.

    Berdsarkan kajian, sebanyak 50 peratus daripada pengguna sekarang menggunakan aplikasi. Tinjauan terhadap 45,000 responden, 70 peratus daripada jumlah itu menggunakan aplikasi.-Sarawakiana



  • No Comment to " Sertai 'E-hailing', Pemandu Teksi Tidak Perlu Lagi Berpusing-Pusing Cari Pelanggan "