• Serangan kedua bakal dilancarkan, kali ini dakwaan RM50 juta

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 17 Januari 2018

    Dakwaan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak menyogok Presiden PAS Abdul Hadi Awang RM90 juta kini sudah mati. Malah, tuduhan itu berakhir dengan Clare Rewcastle Brown yang didakwa di mahkamah dan beliau mengalami kesukaran untuk membuktikan dakwaannya. Jadi, beliau bertindak seperti Anwar Ibrahim dengan melengahkan kes itu sehingga selepas PRU14.

    Tetapi itu juga menimbulkan masalah kerana PAS boleh menggunakan ini sebagai bukti bahawa tidak ada sebarang bukti dan dakwaan itu hanyalah fitnah. Dan jika tuduhan rasuah RM90 juta itu adalah fitnah itu bermaksud semua tuduhan lain seperti 1MDB, RM2.6 bilion, dan sebagainya, juga adalah fitnah. Ini akan menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad kehilangan senjata beliau terhadap Najib: dakwaan bahawa Najib mencuri RM42 bilion wang 1MDB, yang telah pun dibuktikan palsu.

    Mahathir kini bekerja di belakang tabir untuk menghasilkan dakwaan baru. Kali ini dakwaan adalah bahawa Najib memberi PAS RM50 juta untuk membantu membiayai PRU14. Mereka akan mendedahkan rakaman perbualan telefon dan e-mel dan mesej WhatsApp yang telah dipintas yang akan menjadi 'bukti' komunikasi mengenai perjanjian RM50 juta itu.

    Mereka akan mengatakan bahawa pertemuan diadakan di London untuk merundingkan RM50 juta ini tetapi orang yang terlibat telah diikut dan perbualan mereka direkodkan oleh 'agen khas'. Oleh itu, keseluruhan perjanjian RM50 juta itu bukan lagi satu rahsia.

    Sekiranya PAS enggan bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dan masih bertegas mahukan pertandingan tiga penjuru maka 'bukti' ini akan disebarkan kepada orang ramai untuk membuktikan bahawa PAS dibayar RM50 juta untuk mencetuskan pertandingan tiga penjuru untuk membantu Umno menewaskan Pakatan Harapan. Mereka berharap ini akan mencetuskan kemarahan supaya penyokong PAS sama ada akan memboikot pilihan raya dan enggan keluar untuk mengundi atau mereka boleh berubah pihak dan sebaliknya mengundi untuk PPBM-PAN. Mana-mana kesan ini akan membawa faedah kepada PPBM dan PAN.

    ‘Bukti’ yang melibatkan rakaman perbualan telefon dan e-mel dan mesej WhatsApp yang dipintas kini sedang direka-reka di negara lain oleh satu pasukan profesional. Jika anda mempunyai wang untuk dibelanjakan, tidak mustahil untuk membuat apa-apa kelihatan betul. Mereka berharap bukti itu akan kelihatan begitu betul sehinggakan PAS akan menghadapi keretakan di kalangan pemimpinnya.

    Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk mengalahkan PAS. Dengan satu juta ahli PAS, PPBM dan PAN tidak boleh mengalahkan undi untuk PAS. Harapan mereka adalah untuk menyebabkan sebanyak yang mungkin dari satu juta anggota PAS itu untuk memboikot pilihan raya atau mengundi pihak bertentangan dengan menggambarkan bahawa Umno menyogok PAS RM50 juta untuk terlibat dalam pertandingan tiga penjuru untuk mengalahkan Pakatan Harapan.

    Link asal artikel:
    http://www.malaysia-today.net/second-missile-coming-this-time-allegation-of-rm50-million/

    Subjects:

  • No Comment to " Serangan kedua bakal dilancarkan, kali ini dakwaan RM50 juta "