• Seorang Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Batu Kawah

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+
    foto ihsan bomba

    KUCHING: Seorang maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda (4WD) dan Perodua Myvi berhampiran Paragon Concrete, Jalan Batu Kawah dekat sini malam tadi.

    Kejadian yang berlaku sekitar jam 10 malam itu telah meragut nyawa mangsa berusia 23 tahun dikenali sebagai Kelvin Jason Jayis.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10.48 malam tadi dan sejurus laporan diterima sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian.

    “Sebaik anggota tiba di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

    “Pihaknya bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa dan pemandu kereta telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan manakala pemandu 4WD berusia 38 tahun mengalami patah di kedua-dua belah kaki.” katanya.

    Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan lanjut.

    Dalam pada itu hasil maklumat awal daripada saksi disekitar tempat kejadian memberitahu 4WD yang datang dari Jambatan Batu Kawah menuju ke MJC hilang kawalan sebelum terbabas kearah bertentangan dan bertembung dengan kereta tersebut.-Sarawakiana

    foto ihsan bomba

  • No Comment to " Seorang Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Batu Kawah "