• Seorang Maut 2 Cedera Kemalangan Kendiri Di Sibu

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+
    foto ihsan bomba

    SIBU: Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan kereta di Kilometer 15 Jalan Sibu-Sarikei, Paradom dekat sini malam tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam itu telah meragut nyawa mangsa yang berusia 24 tahun dikenali sebagai Lu Shi Yong.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada jam 8.01 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sibu telah dikerahkan ke lokasi sejurus laporan diterima.

    Menurutnya, sebaik tiba ke lokasi kejadian mendapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu kakak mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam parit.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, ketika kejadian, kereta dipandu oleh kakak sulung mangsa berusia 29 tahun bersama seorang lagi adik mereka berusia 22 tahun.

    Difahamkan, kesemua mangsa sedang dalam perjalanan dari Sarikei menghala ke bandar Sibu.

    “Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum masuk ke dalam parit.

    "Akibat daripada kemalangan tersebut, penumpang hadapan telah maut dan dua lagi cedera telah dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Seorang Maut 2 Cedera Kemalangan Kendiri Di Sibu "