• Seorang lagi positif rabies

    Published: Saturday, 27 January 2018
    A- A+

    Foto BERNAMA

    KUCHING: Jumlah mangsa virus rabies di negeri ini meningkat kepada tujuh orang apabila seorang lelaki disahkan positif dijangkiti wabak penyakit anjing gila itu, semalam.

    Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri bahawa terdapat satu kes baharu yang disahkan rabies melalui ujian makmal.

    “Kes adalah seorang lelaki berumur 59 tahun dari Jalan Batu-Kawa Matang, Kuching yang mempunyai sejarah digigit anjing pada 27 November 2017.

    “Kes telah mendapatkan rawatan di klinik swasta di bandar raya Kuching pada hari sama tetapi tidak dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan untuk vaksinasi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

    Pada 20 Januari, kes mengalami sakit serta lemah anggota kaki dan dimasukkan ke hospital swasta pada 24 Januari.

    Keesokannya, kes dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut dan telah menunjukkan gejala hydrophobia, hallusinasi dan agresif.

    Semenjak 30 Jun 2017 hingga 26 Januari 2018, terdapat tujuh kes rabies manusia di Sarawak telah dilaporkan, dimana lima kes telah meninggal dunia dan dua lagi sedang menerima rawatan di HUS.

    Setakat semalam, terdapat 28 kawasan positif rabies di lima bahagian, iaitu di Serian, Samarahan, Sri Aman, Kuching dan Sarikei.-Utusan Borneo Online
  • No Comment to " Seorang lagi positif rabies "