• Sendiri Jual, Sendiri Jadi Model

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    RAMAI yang ragu-ragu untuk membeli pakaian yang dijual di pasaran dalam talian Cina seperti Alibaba, kerana sering kali, gambar-gambar yang diiklankan oleh penjual tidak sepadan dengan produk sebenar.

    Tapi, seorang penjual menunjukkan kesungguhannya apabila memutuskan untuk memberi jaminan kepada pelanggan bahawa apa yang mereka lihat adalah apa yang mereka akan dapat dengan dia sendiri menjadi model kepada pakaian elegan yang dijualnya.


    Lelaki ini dikatakan menggayakan sendiri pakaian-pakaian yang dijualnya dalam talian. -fotoAliexpress

    Gambar seorang penjual lelaki Cina menggayakan beberapa gaun elegan tular di Reddit beberapa hari lalu.

    Gambar-gambar itu didakwa dimuat naik oleh seorang pelanggan yang meminta foto-foto sebenar pakaian dan akhirnya diberikan ‘lebih’ oleh si penjual daripada yang dia mahukan.

    Pengguna 10lbsofmum mendakwa: ”Saya terjumpa sebuah kedai menjual gaun labuh dan gaun pengantin jadi saya minta nak tengok gambar-gambar sebenar, bukan gambar stok dan penjual menghantar gambarnya sendiri memakai pakaian tersebut.


    Kesungguhan dan keyakinan tinggi lelaki ini dalam usaha menarik perhatian pelanggan dikagumi ramai. -fotoAliexpress

    "Tetapi ia kemungkinan besar satu pembohongan, kerana gambar yang sama boleh dijejaki bertarikh Oktober 2017, yang pada asalnya disiarkan ke kumpulan Facebook tertutup yang disebut ‘Aliexpress and Ebay Lovers’."

    Tetapi, tanpa menghiraukan kisah sebenar di sebalik gambar-gambar ini, kesungguhan penjual ini sangat dikagumi.

    Lelaki dalam gambar-gambar yang luar biasa ini hanya dikenali sebagai Shop739960 Store, selepas nama kedainya di Aliexpress, menjadi sensasi di media sosial, dengan beratus-ratus orang menyatakan kekaguman mereka, memuji kemahiran fizikal dan pemodelannya, malah ada yang memanggilnya ‘Disney Princess’.- mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Sendiri Jual, Sendiri Jadi Model "