• Senarai Pemain Sarawak 2018 Mula Viral Di WhatsApp, Facebook

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    Walaupun Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) masih belum memuktamadkan pemain yang akan membarisi Sarawak bagi menghadapi saingan Liga Perdana 2018, senarai pemain mula viral menerusi WhatsApp dan Facebook minggu ini.

    Dalam senarai tersebut, lapan pemain baharu membarisi Sarawak termasuk Iqbal Suhaimi, Mohd Firdaus, Nebojsa Marinkovic, Bobby Gonzales, Benedict Martin, Sabree Abu, Shazlee Ramlee dan Mohd Muzaimir.

    Seramai 15 lagi pemain musim lalu dikekalkan termasuk dua bintang import iaitu Mateo Roskam, Milos Raickovic selain pertahanan veteran Ramesh Lai.

    Pemain yang masih disenaraikan termasuk Hairol Mokhtar, Mohd Alif, Hafis Saperi, Hafiz Abu Bakar, Nur Azizi, Abdul Rahim Abdul Razak, Awang Kamaruddin, Peter Frank, Jimmy Raymond, Dzulazlan Ibrahim, Mazwandi Zakeria dan Dalglish Papin.

    Seorang lagi pemain import bagi mengisi kuota pemain import Asia masih belum diputuskan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Setiausaha Agung FAS Razali Dolhan berkata, pihaknya belum lagi memuktamadkan pemilihan pemain termasuk calon import asing.

    "Kita tunggu Presiden FAS Dato Posa Majais umumkan senarai penuh pemain bagi skuad Sarawak FA nanti.

    "Buat masa ini, senarai pemain belum dimuktamadkan kerana masih menunggu keputusan ujian perubatan kesemua mereka termasuk pemain import kita," katanya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Senarai Pemain Sarawak 2018 Mula Viral Di WhatsApp, Facebook "