• Sebuah Rumah Di Miri Hampir Dihempap Pokok

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    MIRI: Penduduk sebuah rumah di Kampung Lereng Bukit di sini berdepan detik cemas selepas sebatang pokok tumbang dan hampir menghempap kediaman tersebut.

    Bertindak atas laporan yang diterima sekitar jam 10 pagi tadi, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bergegas ke tempat kejadian.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya bertindak melakukan kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok tersebut.

    "Insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya.-Sarawakiana


  • No Comment to " Sebuah Rumah Di Miri Hampir Dihempap Pokok "