• Sarawak Terus Membangun Bersama BN, Pembangkang Semakin Ketinggalan

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    Pembangunan yang semakin rancak dilaksanakan di Sarawak termasuk jalan penghubung membuktikan Barisan Nasional (BN) tidak meminggirkan negeri ini.

    Hasil perancangan teliti kerajaan BN, rakyat semakin merasai nikmat pembangunan yang memberi impak ekonomi yang mampan serta mentransformasikan sumber pendapatan ke tahap yang tinggi.

    Jalan pesisir merupakan pembangunan yang menjadi salah satu keutamaan kerajaan perlu sediakan untuk rakyat.

    Ia bukan sekadar dilihat sebagai jalan penghubung yang menjimatkan masa perjalanan tetapi dari segi ekonomi, penduduk setempat akan menikmati peningkatan ekonomi secara drastik.

    Lihat sahaja kawasan pesisir yang sudah terbina jambatan seperti Sadong Jaya, Pusa, Kuala Tatau dan sebagainya.

    Kerajaan tidak hanya membiarkan penduduk hanya melihat jambatan tersebut berdiri, tetapi kerajaan meneruskan pembangunan ekonomi penduduk pada peringkat seterusnya.

    Hakikatnya kerajaan tidak hanya berhenti sekadar menyiapkan projek infrastruktur tersebut tetapi meneruskan pembangunan yang berkaitan kepentingan rakyat sehingga rakyat mampu menikmati pendapatan tinggi.

    Inilah buktinya kerajaan BN terus memacu pembangunan negeri tanpa perlu berpolitik sepanjang masa dan bukan seperti pembangkang yang senantiasa berpolitik menyebar isu yang sudah 'basi' dan ketinggalan.

    Pembangkang tidak mempunyai agenda yang kukuh untuk membangunkan rakyat tetapi masih berada ditakuk lama dan terus ketinggalan dalam aspek pembangunan.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Terus Membangun Bersama BN, Pembangkang Semakin Ketinggalan "