• Sarawak Serius Dalam Penyelidikan Dan Inovasi Mencari Tenaga Alternatif

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Sarawak kini memberi perhatian serius kepada penyelidikan dan inovasi mencari tenaga alternatif, demikian kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

    Menurutnya, dunia memfokus kepada bahan api fosil sejak 150 tahun lalu.

    "Kini timbul kebimbangan mengenai kesannya terhadap alam sekitar menyebabkan tenaga hijau menjadi pilihan.

    "Sarawak melihat sel bahan api hidrogen dan ekonomi hidrogen kerana kita mempunyai banyak sumber air daripada kuasa hidro," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Tambah beliau, tenaga hidrogen kini dilihat sangat berpotensi dalam sektor pengangkutan.

    "Terdapat skop yang baik untuk membangunkan tenaga hijau di Sarawak kerana penduduk kita cukup kecil untuk mempunyai liputan yang lengkap," jelas beliau. -  Sarawakiana





  • No Comment to " Sarawak Serius Dalam Penyelidikan Dan Inovasi Mencari Tenaga Alternatif "