• Sarawak Sasar Lebih 5 juta Pelancong Tahun Ini

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Sarawak mensasarkan lebih lima juta pelancong ke negeri ini 2018 berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 4.8 juta, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Memetik laporan The Borneo Post, Karim berkata beliau optimis dengan sasaran tersebut memandangkan kerajaan Sarawak mempunyai penerbangan terus dari negara luar seperti China dan Indonesia ke Sarawak melalui Kuching bermula tahun ini.

    "Kita mempunyai banyak penerbangan terus setiap hari dari Shenzhen, China ke Kuching di mana sambutan yang diterima agak baik dan kita juga mempunyai penerbangan sulung dari Singapura ke Bintulu serta bilangan penerbangan AirAsia dari Singapura ke Kuching meningkat daripada sembilan kepada 16 penerbangan," katanya

    Selain itu menurutnya, Sarawak juga mempunyai penerbangan Xpress Air dari Pontianak ke Kuching dan Miri dan pada akhir bulan ini penerbangan Wings Air akan beroperasi dari Jakarta-Pontianak ke Kuching sebanyak dua kali seminggu. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Sasar Lebih 5 juta Pelancong Tahun Ini "