• Sarawak Memiliki Perancangan Tersendiri Membangunkan Negeri

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+
    Dalam desas desus cerita tentang keyakinan segelintir pihak yang tidak yakin pentadbiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam merencana pembangunan negeri maju pada tahun 2030.

    Termasuk parti pembangkang khususnya DAP yang tegar tidak meyakini Abang Johari. Alasannya Abang Johari tidak seperti kepimpinan Mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

    Abang Jo mengakui beliau bukanlah 'klon' Tok Nan tetapi legasi Tok Nan akan diteruskan dan menyambung tugas Allahyarham.

    Hakikatnya Abang Johari memiliki cara tersendiri untuk membangun Sarawak dan tidak mustahil beliau mampu melonjak ekonomi negeri lebih cepat dan awal.

    Oleh yang demikian beliau dilihat lebih mengutamakan peningkatan ekonomi rakyat melalui ekonomi digital yang lebih berdaya maju untuk dinikmati oleh rakyat.

    Dari sudut prasarana pula, Abang Jo turut mengambil berat tentang pengangkutan awam dan masalah kesesakan lalulintas. Dengan perancangan untuk membina LRT amat bertepatan memandangkan ia mengenakan kos tambang yang murah serta salah satu cara penyelesaian masalah lalulintas.

    Sebab itu beliau begitu yakin dengan kemampuan kerajaan untuk menyediakan segala fasiliti awam yang bermanafaat untuk rakyat. Ini kerana Sarawak memiliki cara tersendiri bagaimana mendapat sumber peruntukkan yang tidak akan menjejas kehidupan rakyat.

    Pembangkang terutama DAP hanya tahu menentang setiap perancangan pembangunan kerajaan untuk rakyat tetapi tidak pernah mempunyai agenda yang mahu majukan negeri dan rakyat.

    Justeru kepimpinan Abang Johari lebih spesifikasi corak perancangan dan diyakini mampu mengubah status negeri kepada negeri maju pada tahun 2030. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Memiliki Perancangan Tersendiri Membangunkan Negeri "