• Sarawak Jadikan Pendidikan Cina Aset Penting

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+


    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata bahasa Cina sudah tidak asing lagi dalam era pendidikan dan digital yang sedang pesat membangun ketika ini.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari menegaskan beliau mahu menjadikan pendidikan Cina sebagai aset penting bagi Sarawak.

    “Tidak menghairankan jika ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina untuk belajar bahasa Cina, kerana ini akan menjadi kelebihan tambahan dalam diri anak-anak mereka pada masa depan untuk bersaing di alam pekerjaan kelak terutama dalam sektor perniagaan,” katanya.

    Selain itu katanya, kerajaan negeri akan terus mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersekutu (UEC) dan meneruskan dasar baharu terhadap pendidikan Cina.

    “Kami akan terus memberi sokongan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina untuk membantu ketika memerlukan.

    “Pendidikan Cina menjadi keperluan bukan sahaja untuk orang Cina tetapi juga Bumiputera, dan bahasa Cina juga penting kerana China telah bangkit sebagai kuasa global yang baharu,” . - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Jadikan Pendidikan Cina Aset Penting "