• Sarawak Jadi Tumpuan Jurulatih Sukan

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Seminar Kejurulatihan Sukan dan Psikologi Antarabangsa Ke-15 pada 5 hingga 6 Februari depan di Hotel Grand Magherita.

    Seminar anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan itu mendapat sokongan daripada Perbadanan Sukan Sarawak, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

    Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata, dijangka 300 peserta yang terdiri daripada jurulatih terlibat dengan seminar tersebut.

    "Seramai 18 speaker dari Korea Selatan, Taiwan, Jepun, Hong Kong dan Malaysia akan bersama-sama memberi tips dan berkongsi ilmu dengan peserta," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Menurutnya, penganjuran seminar berkenaan adalah untuk meningkatkan kualiti jurulatih dan psikologi.

    Penyertaan seminar akan dikenakan bayaran RM350 untuk pendaftaran sebelum penghujung Januari manakala RM400 bagi pendaftaran selepas tarikh tutup.

    Mereka yang berminat boleh menghubungi Dr Chin Ngien Siong di talian 019-8586898, Dr Ong Kong Swee (016-8626509) dan Dr Clarence Jerry (013-8067122).

    Sementara itu tambahnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini pernah menyarankan supaya Sarawak melahirkan jurulatih berkualiti tinggi dalam usaha melahirkan atlet bertaraf antarabangsa dari negeri ini.

    "Kita juga akan mengadakan lebih banyak sukan peringkat antarabangsa di Sarawak pada masa akan datang," ujarnya.

    Beliau menjelaskan, kerajaan negeri juga akan terus menaiktaraf fasiliti sukan negeri dengan peralatan dan mengikut spesifikasi antarabangsa.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Jadi Tumpuan Jurulatih Sukan "