• Sarawak Bakal Jadi Pengeksport Utama Nanas MD2

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran nanas premium MD2 dengan peruntukan RM300,000 untuk membangunkan kawasan tanaman seluas 4 hektar. bagi tujuan eksport ke China.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, daripada keseluruhan kawasan projek, 827 hektar daripadanya adalah untuk penanaman varieti MD2.

    Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata, negeri ini berpotensi besar untuk dimajukan dengan tanaman nanas memandangkan faktor ketersediaan tanah yang lebih luas, kos tenaga buruh lebih rendah serta jarak penghantaran yang lebih dekat.

    “Sektor ini juga mampu memberi manfaat kepada pengusaha terutamanya pekebun kecil,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Perintis Tanaman Nanas Premium Negeri Sarawak di Kampung Padang Pan Bau, kira-kira 30km dari sini Sabtu lepas, menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat LPNM hari ini.

    Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek; Pengerusi LPNM, Datuk Samsolbari Jamali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri, Datuk Salehhuddin Hassan.

    Uggah menyuarakan harapan agar LPNM akan terus membantu pengusaha dan pekebun nanas bagi meningkatkan pendapatan mereka kepada RM 4,000 sebulan.-Bernama
  • No Comment to " Sarawak Bakal Jadi Pengeksport Utama Nanas MD2 "