• Sarawak Akan Terus Kukuhkan Kedudukan Politik Malaysia - Dr Sim

    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+


    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata Sarawak akan mengukuhkan kedudukan politiknya di Malaysia melalui empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratif Progresif (PDP).

    Memetik laporan Utusan Borneo, Dr Sim yang jugq Presiden SUPP berkata empat parti komponen perlu merealisasikan aspirasi rakyat Sarawak di mana autonomi politik Sarawak diperkukuhkan menerusi Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    "Walaupun Sarawak hanya mempunyai 31 daripada 222 kerusi parlimen, namun ia boleh mempengaruhi keputusan mengenai banyak isu penting seperti Rang Undang-Undang Pindaan Hudud yang mahu diteruskan PAS dan UMNO di Parlimen.

    “Rang undang-undang ini mendapat bantahan kuat daripada Sarawak dan jika Sarawak boleh memenangi kesemua 31 kerusi Parlimen, Sarawak boleh memainkan peranan penting dalam Parlimen," katanya.

    Menurut beliau lagi, PRU14 kali ini amat penting untuk Sarawak untuk mendapatkan semula hak dan autonomi di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bergantung kepada keputusan pilihanraya kelak.

    "Keputusan buruk PRU14 juga boleh mempengaruhi rundingan antara Sarawak dan kerajaan persekutuan mengenai autonomi Sarawak.

    "begitu juga sebaliknya di mana keputusan luar biasa dalam PRU14 akan membolehkan Sarawak mendapatkan semula hak dan autonomi untuk generasi masa hadapan," ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Akan Terus Kukuhkan Kedudukan Politik Malaysia - Dr Sim "