• Sanggup Terjun Bangunan Elak Ditangkap

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup terjun dari tingkat satu bangunan sebuah sekolah di Batu 3, Subang Jaya, dekat sini hari ini selepas didapati mencuri telefon bimbit milik seorang ustazah di sekolah tersebut, semalam.

    Bagaimanapun, suspek berusia 39 tahun itu ditahan dengan bantuan orang ramai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa berusia 37 tahun menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan di pejabat hilang seterusnya memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

    Ujarnya, hasil semakan mendapati suspek telah mencuri telefon bimbit mangsa dan terus beredar dari kawasan sekolah.

    "Pada pukul 9.15 pagi tadi, suspek telah kembali ke sekolah untuk menghantar alat tulis yang ditempah oleh pelajar dan salah seorang ustazah mengarahkan suspek datang ke pejabat sekolah untuk menyelesaikan isu tersebut.

    "Suspek kemudian menafikan dia telah mencuri telefon bimbit itu dan bertindak terjun dari tingkat satu bangunan seterusnya melarikan diri namun ditangkap oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

    Tambah Mohamad Azlin, barang kes telah ditemukan semula di bilik sewa suspek di Seksyen 13, Shah Alam Selangor. Kes disiasat di bawah Sekysen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

    - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Sanggup Terjun Bangunan Elak Ditangkap "