• Sanchez Kini Milik Manchester United

    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    LONDON: Alexis Sanchez melengkapkan perpindahannya daripada Arsenal ke Manchester United dalam perjanjian yang turut membabitkan pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan, demikian pengumuman dibuat oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu, awal pagi tadi.

    Sanchez, 29 tahun berkata, dia amat teruja apabila dapat menyertai United yang dianggap sebagai salah satu kelab gergasi dunia.

    “Saya gembira dapat menyertai kelab ini.

    “Peluang bermain dalam stadium yang bersejarah dan bekerja bersama pengurus, Jose Mourinho adalah sesuatu yang tidak boleh saya tolak.

    “Dalam masa sama saya amat bangga kerana menjadi pemain Chile pertama dapat menyertai United dan diharap saya mampu mempamerkan aksi terbaik bersama kelab ini,” katanya dalam laman web rasmi Manchester United. - AGENSI


    Subjects:

  • No Comment to " Sanchez Kini Milik Manchester United "