• Sambut Baik Kuota Bulanan Minyak Masak Bersubsidi

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    LABUAN – Pengguna di pulau bebas cukai ini menarik nafas lega susulan keputusan kerajaan memperuntukkan kuota bulanan 150 tan metrik minyak masak bersubsidi berkuat kuasa 1 Jan.

    Ketua Unit Kawalan Bekalan (Bahagian Penguatkuasaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Abdul Rosik Yakub berkata pengguna di sini kini boleh membeli satu paket minyak masak 1kg berharga RM2.50 di semua kedai di pulau ini.

    “Buat masa ini, kami menerima 66.3 tan metrik (3,900 kotak) dan kami akan mendapat bakinya tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Kuota daripada KPDNKK itu diberi selepas mengambil kira kesukaran masyarakat berpendapatan rendah untuk mendapatkan minyak masak yang lebih murah di pasaran.

    Sementara itu, Pengarah KPDNKK Labuan Arun Fazhillah Hamdan berkata kuota itu akan memastikan bekalan minyak masak yang mencukupi di pulau ini.

    “Kami harap peruncit akan memperoleh bekalan daripada pemborong yang dilantik dan menjual minyak masak itu pada harga yang ditetapkan iaitu RM2.50 sekilogram,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Sambut Baik Kuota Bulanan Minyak Masak Bersubsidi "