• Salang Selar Tindakan Individu Melobi Guna Taktik Kotor

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang menyelar tindakan sesetengah individu yang melobi di kawasan Parlimen Julau dengan menggunakan taktik kotor.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau dimaklumkan terdapat individu yang menggesa penduduk di kawasan Julau menyerahkan kad pengenalan (Mykad) mereka bagi tujuan individu berkenaan membuktikan kepada kepimpinan tertinggi bahawa mereka mendapat sokongan yang kuat dari akar umbi.

    "Mereka ini cuba menunjukkan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) bahawa calon mereka mempunyai sokongan kuat daripada rakyat berdasarkan jumlah MyKad yang dikumpulkan," katanya.

    Justeru, Salang menasihati penduduk agar tidak terpedaya dengan helah tersebut dan tidak sewenang-wenangnya menyerahakn myKad mereka kepada individu berkenaan walaupun dibayar dengan wang tunai.

    "Perbuatan tersebut bertentangan dengan undang-undang negara," ujarnya

    Salang yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) menambah beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Julau bagi penggal kelimanya sekaligus akan mempertahankan perwakilan Dayak di parlimen. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Salang Selar Tindakan Individu Melobi Guna Taktik Kotor "