• SAKSAMA Tidak Ada Peluang Menang PRU14

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) yang terdiri daripada beberapa parti politik baharu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pergerakan kebebasan sivil dan individu dilihat tidak akan berpeluang untuk memenangi mana-mana kerusi pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Penganalisis Politik Professor Dr Jeniri Amir berkata, gabungan itu masih terlalu baharu untuk beraksi pada PRU14 memandangkan pengundi sudah terbiasa dengan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

    "SAKSAMA adalah entiti politik yang sangat baru. Sebagai entiti baru, ia akan menjadi sangat sukar bagi mereka untuk memenangi hati para pengundi yang sudah biasa dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).

    "Sebagai entiti yang sangat baru, mereka perlu berjuang untuk memperjelaskan identiti politik, idea dan ideologi politik mereka dalam jangka masa yang singkat," katanya

    Walaubagaimanapun, Dr Jeneri menambah dengan kemasukan gabungan itu pada PRU14 akan merancakkan lagi saingan di antara parti lain menjadikan demokrasi yang lebih baik.

    "Namun terlalu lambat untuk mereka memberikan impak dari segi kewangan, strategi dan jentera yang kukuh," ujarnya -

    SAKSAMA menggabungkan Parti Reformasi Negeri (STAR), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan Parti Alternatif Rakyat Teras (PAP) yang berpangkalan di Semenanjung. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " SAKSAMA Tidak Ada Peluang Menang PRU14 "