• Sachet Sos Dalam Perut

    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    Doktor terkejut apabila menemui dua sachet sos jenama Heinz dalam usus seorang wanita selepas pesakit disangka menderita penyakit usus selama enam tahun.

    Menurut Daily Mail, wanita berusia 41 tahun itu sering sakit di bahagian perut dan menghadapi masalah kembung yang boleh berlarutan sehingga tiga hari.

    Pada mulanya, doktor mengesahkan dia menghidap penyakit ‘Crohn’ yang menyebabkan keradangan sistem penghadaman.

    Bagaimanapun, lima bulan lalu, doktor di Hospital Heatherwood dan Wexham Park, Slough, membuat keputusan melakukan pembedahan apabila rawatan sebelum ini tidak berkesan.

    Menurut laporan kajian kes yang disiarkan dalam British Medical Journal, mereka kemudian menemui benda asing dalam usus kecil dan pemeriksaan lanjut mendapati ia adalah sachet sos.

    Selepas dikeluarkan semua simptom yang dialami pesakit terus hilang.

    Laporan itu bagaimanapun, tidak menyatakan bagaimana sachet sos berkenaan boleh berada dalam perut wanita itu.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Sachet Sos Dalam Perut "