• Sabah Tetap Milik Malaysia

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengulangi pendiriannya untuk tidak melayan tuntutan ke atas Sabah.

    Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata pihaknya maklum kenyataan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr mengenai tuntutan terhadap Sabah seperti yang dilaporkan media negara itu, baru-baru ini.

    "Kerajaan Malaysia tidak akan mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak di Sabah.

    "Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan pada 16 September 1963," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar, hari ini.

    Katanya, kenyataan seperti ini hanya akan mendedahkan kejahilan mereka mengenai sejarah dan undang-undang antarabangsa yang dipersetujui.

    "Ia juga mengancam hubungan dua hala yang sangat baik antara Malaysia dan Filipina," katanya lagi.

    Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, Aquilino Pimentel Jr mencadangkan kemasukan Sabah di wilayah Filipina sebagai sebahagian daripada peralihan negara ke sistem kerajaan persekutuan. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Sabah Tetap Milik Malaysia "