• Rumah Nga Kor Ming Diserbu SKMM

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    IPOH- Kediaman Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming di sini hari ini diserbu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas dipercayai memuatnaik sekeping gambar yang mengkritik pemimpin negara.

    Dalam serbuan tersebut, seramai lebih 10 pegawai SKMM merampas telefon bimbit dan komputer riba miliknya dipercayai untuk menyiasat kes tersebut.

    SKMM turut menyerbu rumah ibunya bapanya di Ayer Tawar, Seri Manjung dan pusat khidmatnya di Taiping.

    Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta SKMM kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan berita palsu.

    Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Ekoran kes tersebut, Kor Ming tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini kira-kira pukul 5.45 petang tadi.

    Beliau menafikan tindakannya memuat naik status tersebut di akaun Facebook namun, mengakui ada memuat naik gambar tersebut melalui akaun Twitter pada bulan November lalu.

    Jelasnya, beliau mempunyai satu akaun Facebook dan menafikan berkongsi poster tersebut melalui Twitter baru-baru ini.

    "Saya sedia bekerjasama dengan pihak SKMM dalam kes ini untuk membantu siasatan.

    "Saya tidak menyangka SKMM menyerbu rumah, rumah ibu bapa dan pusat khidmat DAP untuk menyiasat ke sini," katanya.

    Kor Ming turut melahirkan rasa kesal apabila polis dan SKMM telah melakukan pemeriksaan mengejut susulan daripada kes itu.

    Dakwa Kor Ming, pemeriksaan tersebut dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang dan pihak SKMM menggeledah sekitar kawasan dalam rumah termasuk bilik tidur anaknya. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Rumah Nga Kor Ming Diserbu SKMM "