• Rumah Musnah Di Stapok, Penghuni Melecur Pada Badan

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Sebuah rumah musnah manakala penghuninya melecur dalam kebakaran di sebuah rumah di Lorong Stapok 20, Taman Sky, Kuching kira-kira jam 10.45 malam tadi.

    Mangsa melecur di bahagian belakang badan.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian selepas laporan diterima.

    "Rumah tersebut musnah keseluruhannya dan seorang mangsa melecur," katanya.

    Punca dan kerugian akibat kebakaran tersebut masih disiasat- Sarawakiana
  • No Comment to " Rumah Musnah Di Stapok, Penghuni Melecur Pada Badan "